Sunday 14 July 2013

Pengenalan Sahabat Ku . . .


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary...nama yang tidak asing lagi. Berusia 53 tahun dan menamatkan pelajaran hanya takat SPM.Beliau mula berniaga jual beli lembu dan kerbau sejak berusia 19 tahun dan kini memilik aset sebanyak RM 1425 juta. Syed Al Bukhary nama nya tlah terukir sebagai orang ke-7 terkaya di Malaysia dan mendapat nama pada senarai ke 32 di asia sebagai orang terkaya. Namun beliau terkenal bukan hanya kerana kekayaan...tetapi kerja-kerja amal yang di lakukan.Penubuhan Yayasan Al-Bukhary menaikkan lagi nama beliau.Yayasan ini bertujuan menolong fakir-fakir miskin.
YA! itu Syed Al Bukhary,insan yang ikhlas membantu sesiapa yang memerlukan...

tapi pernahkah kita kenal kawan-kawan,sahabat kita atau keluarga kita yang mempunyai hati yang sebersih Al-Bukhary??atau mungkin lebih suci??tidak,kita tidak kenal mereka...kerana mereka tidak mempunyai nama di mana-mana.Mereka juga tidak ingin di kenali dan mereka juga tidak peduli. Jika keturunan Syed ini menolong dengan wang dan hartanya, sahabat-sahabat kita ini membantu dengan kederat mereka, ilmu mereka dan masa mereka kerana mereka tahu mereka tidak mampu mengeluarkan harta mereka yang sekadar cukup makan kerana mereka masih lagi belajar. Azman, Naim, Nafisha, Fatin, Amaani dan Zafrain, adakah kita kenal mereka??adakah kita tahu siapa mereka??mereka mempunyai satu matlamat!mereka punyai impian!mereka lah yang membela membantu anak-anak yatim dan anak fakir miskin dengan masa dan ilmu yang ada, akan tetapi mereka tidak pernah mengungkit kenapa nama mereka tidak tertulis diman-mana akhbar.Jadi hari ini sebagai penghargaan, aku kenalkan sahabat-sahabat seperjuangan ku. . . bukan untuk mintak simpati tetapi cukup sekadar menghargai dan semoga terbukak nya hati. . .





No comments:

Post a Comment