Friday 31 May 2013

kerana adik-adikku sayang [PART 2]

Pelbagai halangan suka dan duka ditempuh bersama pada hari pertama kami di Melaka. Kepanasan tempat tidurku menyebabkan aku terjaga sekitar 6 pagi. Kepala ku ligat melihat keadaan bilik yang masih samar dan suram kerana lampunya masik belum mengeluarkan cahaya. Tiba-tiba pintu bilik di tolak, Abang Cik yang masih lagi dibaluti tuala menggigil kesejukan. Terbantut niat aku nak mandi, jadi aku hanya mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh. Aku duduk sebentar di atas katil sambil membelek telefon bimbit ku, memikirkan sama ada mahu mandi atau pun tidak? akhirnya aku masuk juga ke bilik air. Kesejukan terasa hingga ke tulang, hendak saja aku menjerit. Setelah semuanya berkemas,kami yang tidak mempunyai anak bini ni pun bergerak ke homestay didiami AJK. 

Orang Melaka tidak tahu jalan Melaka,kelakar jugak encik Zaidi sebab boleh sesat dalam negeri sendiri. Kejadian ini berlaku semasa beliau menghantar makanan kepada kami. 9 pagi kami menaiki bas menuju ke planetarium yang tidak berapa jauh dari tempat kami menginap. Disitu adik-adik di dedahkan dengan sains angkasa. Agak bermanfaat juga mereka kesini, tetapi banyak lagi yang kurang disitu dan sukar untuk menandingi Planetarium di KL. Walaubagaimanapu adik-adik tetap tersenyum yelah kali pertama keluar dari Kuantan. 



abg cik abg iz dan kak ija sedang memberi penerangan kepada adik-adik


rajin adik nora ni..hehe



Habis sudah kisah di planetarium, sekarang kita melawat pula Muzeum Kapal Selam. Ingat lagi dalam entry yang sebelum ini aku pernah tulis untuk membawa adik-adik pergi ke Kapal Selam pada hari pertama? dan hari hasrat mereka tercapai. Kami menyusuri bandar Melaka menuju Pantai Klebang. Di situlah terletaknya kapal selam milik Malaysia. Jom kita tengok.


'FS Quessant Agosta 70




Adik-adik agak kecewa jugak sebenarnya yela, apa yang mereka lihat ketika itu tidak tidak sama seperti yang dibayangkan. Jadi bagi menghiburkan adik-adik kami pergi pula ke destinasi terakhir percutian kali ini, iaitu Zoo Melaka!!bukan main seronok diorang ni. Seramai 33 orang yang terlibat di dalam aktiviti kali ni termasuk faci-faci. Kali pertama barangkali mereka masuk ke zoo, hampir semua mende yang di jumpa ditanya kepada ku,itu lah adik Fatin. Aku melayan jelah mereka ni, aku dah anggap mereka sebahagian dari hidup aku. Harimau, Kancil ,Seladang, Burung, Nuri, Orang Hutan, Singa semua kami lihat tapi hati tetap kecewa sebab aku tak jumpa lagi species aku Panda =P. Hampir 3 jam juga kami di dalam tu. Sampaikan Zoo tu nak tutup pun kami tak sedar. Bila dah keluar tu, adik-adik ni sibuk pula nak bershoping. Tapi di sebabkan adik-adik,abang-abang tak kisah kena marah dengan ummi.


adik-adik~kalo rase abg iz comel meh ikut abang iz lalala


gwang soo come here~


ostrich ni sangat nakal ngan kak ija


peragut~haha..gurau-gurau manje

ni spesis homosapien

tapir atau nama saintifiknya BADAK+CIPAN

amboi amani~


kak fisha pun nak...hehe

abang...bila kita nak masuk ni??

keluarga besar


bersama kak FIFAH

abiskan cepat!!nanti orang mintak

Kak Jiza Amani Kak Fisha Naim

kalau nak tau..haiwan ni sangat pemalu



cantik perangai

bersama Gwang Soo


Jam 6 kami bertolak pulang ke Kuantan, dalam perjalanan kami singgah dahulu di KFC segamat bagi mengisi perut kosong kami. Selesai sudah janji kami kepada adik-adik. Abang dan Kakak harap sangat adik-adik gembira =). Lepas ni abang tak akan ajar adik-adik dah sebab abang dah nak kena masuk belajar semula. Sebelum mengalir air mata, aku tutup cerita ini dengan Assalamualaikum dan semoga terhibur readers!

Thursday 30 May 2013

kerana adik-adikku sayang [PART 1]

Assalamualaikum guys...
well how you guys?hope you guys doing well (^_^)

Ok for today aku nak share sedikit sebanyak pengalaman aku dan volunteer TFTN mengiringi adik-adik Rumah Anak Yatim Permata Al-Insyirah. Sebenarnya rancangan kami untuk ke Melaka ni lambat lagi,tapi kebetulan pihak pengurusan mahu buat lawatan ni dalam masa yang terdekat. Gelabah jugak kami semua tiba-tiba tukar rancangan saat-saat akhir, mahu tak nya lawatan tu kami dapat tahu 3 hari sebelum bertolak. Walauagaimanapun Allah telah tulis kami akan pergi kesana maka urusan kami di permudahkan, Alhamdulillah. Dengan dana yang di kumpul oleh volunteer-volunteer maka kami teruskan hajat kami membawa adik-adik ke sana.

26.5.2013/10:30 P.M aku sampai di rumah anak-anak yatim berkenaan.Wah! semua dah berkumpul cuma aku saja yang lambat. Sebelum berangkat kami memberi taklimat kepada adik-adik dan mengadakan perjumpaan untuk facilitator bagi menerangkan perjalanan program semoga semua berjalan lancar. Melihat rauk wajah adik-adik aku mengukir senyuman tanpa di sedari. Hatiku bercampur antara gembira dan juga takut,aku takut sebab bawak anak-anak kecil keluar dari bawah tempurung mereka diami. Tetapi di sebabkan adik-adik aku kuatkan semangat untuk melihat senyuman mereka. Mengimbau beberapa minggu sebelumnya,aku masih teringat lagi apabila Kak Jiza bertanya adik-adik ku ini kemana mereka mahu pergi jika diberi peluang? dengan kata sepakat, mereka telah memilih Melaka sebuah bandar bersejarah. Jika Allah berkehendak untuk mereka maka tercapailah impian mereka untuk melawat bandar itu. Jam telah menunjukkan pukul 11.53 malam dan kami telah bersiap untuk menaiki bas yang baru saja tiba. Adik-adik kami turut berkemas menaiki bas dengan wajah kegembiraan.
adik-adik sedang mendengar taklimat faci-faci (volunteer)


faci dan adik-adik telah bersiap untuk bertolak

Tidak dapat di gambarkan suasana didalam bas, mungkin terlalu teruja dengan percutian kali ini, adik-adik semua tidak mahu pejamkan mata sedangkan sudah masuk jam 1 pagi. Sekitar 5 pagi,bas persiaran bernombor AEV 9360 tiba di pekarangan masjid Al-Azim Melaka. Kami bersiap bersihkan diri di masjid tersebut. Berkumandang sahaja azan subuh kami berkumpul bersama jemaah lain bagi menyempurnakan kewajipan kami kepadaNya. Kami mula menaiki bas sekitar jam 8 pagi menuju ke Bandar Hilir. Berdiri tegak Menara Taming Sari, di hadapannya bas kami berhenti. Setelah mengagihkan mereka mengikut kumpulan kami berjalan mengelilingi bandar bersejarah ini. Kami menuju ke Kota A Famosa dan Bangunan Merah, dalam pejalanan kami berjalan kaki sempat jugak aku dan team mengambil gambar di muzeum pengangkutan buat kenangan mereka. Tiba di Afamosa,perkara pertama kami lakukan ialah...bergambar..haha..kusangkakan melompat sampai disana rupanya merangkak,tinggi juga untuk kami sampai ke Makam Belanda. Adik-adik kami juga sudah lesu,ini baru satu tempat belum pergi tempat lain. Sampai saja di makam belanda ada sebuah keluarga kecil yang menjual air,baik hatinya mereka, siap bagi potongan harga tak cukup dengan amal yang ada di sedekahkan pula air tu.


Team3 apa macam?ini macam la~


Aku lupa nak cerita,sebenarnya adik-adik ni diberi tugas untuk mencatit setiap tempat yang kami kunjungi dan tugas ini tidak lain dan tidak bukan dari Abang Cik la. Berlumba-lumba mereka melakukan tugasan abang cik. Setelah selesai di Afamosa, Menara Taming Sari menjadi pilihan seterusnya. Bukan tak suka,tapi sebenarnya aku takut tinggi,kalau bukan kerana adik-adik aku ni,bagi 10 ribu pun aku tak naik. Agak menarik jugak pemandangan dari atas ni,walaupun aku agak gayat. Lebih kurang 10 minit plantar itu mula turun ke bawah. "abang iz hidung anis bedarah" Intan menuju ke arah ku memberi tahu keadaan Anis yang hidungnya sedang berlumuran darah,barangkali cuaca terlalu panas. Aku terus mendapatkan Naim sebab dia lagi arif bab-bab ni. Perjalanan tetap diteruskan, tanggungjawab harus di laksanakan, kami mengiringi adik-adik ke muzeum seni bina Malaysia serta Hollywood Museum. Di Hollywood museum ni adik-adik agak teruja,nak tau kenapa? sebab dalam muzeum tu ada banyak watak-watak filem hollywood seperti ironman spiderman batman dan sebagainya. Amira salah seorang penghuni R.A.Y Al-Insyirah asyik berkepit dengan aku di dalam muzeum ni, yela katanya nak aku tolong dia siapkan tugasan Abang Cik, tapi aku tahu sebenarnya sebab aku comel (okay lari topik).



aku tersenyum ketika mereka ketawa


Mira and Abang Iz with Merlin Sword


salin dik jangan tak salin


uncle sedang menerangkan setiap hasil seni yang ada
Penat berjalan dari pagi sampai tengah hari,kami berhenti berehat sambil menikmati makanan tengah hari yang di uruskan oleh Abang Cik. Selepas mengisi perut kami teruskan pengembaraan kami dengan menaiki river cruise bak kata orang putih. Waktu ni agak santai dan kurang penat,yela duduk je dalam boat tu sambil menikmati pemandangan dan berkenalan dengan biawak-biawak di sepanjang perjalanan kami. Matahari ibarat sejengkal atas kepala kerana bahangnya,nasib baik ketika ini bas telah menunggu menjemput kami untuk menuju ke masjid selat bagi menunaikan solat Zohor dan Asar. Sambil-sambil menunggu kaum hawa siap bersolat,kami kaum adam sempat berehat seketika sambil telinga ini kegelian di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Sungguh tenang rasanya di rumah Allah ini,di tambah pula dengan pembinaannya yang berhampiran dengan pantai, sungguh indah susun aturNya. Enjin bas mula kedengaran menandakan sudah tiba masa untuk berangkat ke Muzeum Kapal Selam di Pantai Klebang yang terletak tidak jauh dari situ. Malang tidak berbau ketentuanNya sudah terbuku, kami tidak dapat meneruskan perjalanan kami kerana bas yang di naiki rosak dan tidak dapat meneruskan perjalanan amal ini. Hampir 2 jam kami terkandas, aku dan adik-adik sempat melelapkan mata untuk mengumpul tenaga semula. Harapan adik-adik untuk melihat kapal selam terpaksa di lupakan. Melihat wajah kecewa dan hampa adikku ini, kami bercadang untuk memenuhi hajat mereka ke esokan harinya. 

gamabar adik-adik dan pemandangan dr river cruise
















besonye boye....haha..biawak makan budak
hampir 2 jam terkandas




 Cahaya mula tenggelam, siang mula melabuhkan tirainya bulan pula sudah bersedia untuk menggantikan matahari menerangi bumi. Ketika ini barulah kedengaran semula bunyi enjin bas yang "garang" adik-adik semua terjaga tetapi tidak ada apa yang mengujakan mereka selepas rancangan awal terpaksa di batalkan. Dengan ketabahan hati dan perasaan kasihan belas abang-abang dan kakak-kakak, mereka memujuk adik-adik comel ini untuk bersabar dan berjanji akan menunaikan keinginan mereka pada keesokan harinya. Bibir mereka mula mengukir senyuman ikhlas manja secara perlahan-lahan. Sekali lagi bas bergerak di atas jalan berturap yang tidak pernah lekang dengan kesesakan jalan raya menuju terus ke tempat penginapan kami seperti yang di jadualkan. Jika Allah mahu menduga tidak kira tempat dan di mana, ditengah kesebukan jalan raya kami di uji sekali lagi. "gedegang!" bunyi kuat seperti bas melanggar sesuatu dan apabila di toleh pintu kereta Honda City telah terbuka luas dan hampir sahaja terlerai dari badan kereta. Perjalana terpaksa di tunda lagi hampir setengah jam.Sesungguhnya Dia mahu menguji keikhlasan dan ketabahan hati kami semua Selesai semua perkara di situ,kami terpaksa menuju terus ke restoran Nasi Arab Dima dimana terdapat satu kumpulan yang bermurah hati untuk sponsor makan malam kami pada malam itu. Encik Zaidi, sungguh mulia hati encik moga tuhan saja yang membalas kebaikan encik sekeluarga dan rakan. Kenyang~ perut pun dah penuh adik-adik pun dah ngantuk, so selepas je bergambar dan beramah mesra kami pun menuju ke homestay untuk beristirehat. (sebenarnya homestay faci laki malam tu jugak baru cari)

keadaan bas dan kereta selepas kemalangan




makan malam bersama encik zaidi dan Dato' di Restoran Dima
kegembiraan jelas ternyata


encik zaidi beramah mesra dengan penghuni Insyirah


adik nora kita


abang naim melayan adik-adik dengan penuh mesra


manja balqis dengan abg cik




ucapan dari Dato

(BERSAMBUNG. . . )