Saturday 25 May 2013

AKU ORANG WARUNG!TAPI AKU JUGA ORANG PANGGUNG!

Warung, suasana bingit pasti terbayang jauh di kotak imaginasi kita. Jika di imbas ada yang meluangkan masa bersama keluarga bersiar-siar minum petang bagi menjalinkan cinta mereka. Satu sudut pula anak muda berkumpul bersama mengisi masa mereka, barangkali mereka sudah penat berkerja. Tapi bukan warung menjadi tumpuan ku kali ini. Aku ingin menumpukan penceritaan aku kepada satu kelompok yang sangat biasa kita jumpa di warung-warung kopi. Ya! tepat sekali,golongan yang aku maksudkan adalah orang warung. Tatkala mereka asyik bersembang, aku seronok memperdengarkan idea-idea mereka yang mungkin membawa perubahan negara. Setiap ayat yang lahir dari mulut mereka sangat bernas,bernas sehingga kadang kala tidak terlintas dek akal pemikir-pemikir bertaraf dunia. Tapi aku kecewa,kecewa kerana akhirnya kata-kata mereka mati begitu saja.


Aku tidak menyalahkan mereka kerana kita MELAYU terdidik sebegitu cara. Bukan niat hati untuk mengutuk bangsa,tapi itulah hakikatnya! Aku tidak pernah malu untuk mengaku aku juga pernah seperti mereka,aku juga orang warung sama seperti mereka mengeluarkan kata-kata  mengalahkan pemimpin negara dengan bertemankan segelas air kosong yang mengeluarkan wap sejuknya aku berbahas dengan sahabat-sahabat depan mata. Gelasku sudah kering,bermakna habislah hujah ku disitu dan disitu juga kata-kata ku mati sia-sia...sia-sia mengeluarkan air liurku .Kata-kata ku hebat tapi tindakan ku kosong sama kosongnya dengan air yang aku teguk. Tetapi sejak kebelakangan ini, aku banyak berkenalan dengan orang-orang panggung. Hebatnya mereka apabila kita melihat buku catatan dan juga sebatang pen sentiasa mendampingi mereka.


Mereka juga banyak menghabiskan masa di warung-warung,tetapi cara mereka berbeza. Apa perbezaannya?buku yang dibawa bukanlah hiasan semata-mata atau sekadar untuk menunjuk bahawa mereka bukan orang biasa-biasa. Mata pen yang basah dengan dakwat digunakan untuk mencatat setiap idea yang terkeluar dari perbualan mereka. Dari catatan itu mereka akan membuat langkah demi langkah, walaupun tidak besar tetapi cukup sekadar mereka dapat menggerakkan idea mereka bagi mencapai matlamat yang telah di tanam dalam  minda mereka. Itu lah bezanya warung dan panggung. Sebagai orang panggung mereka akan melaksanakan kata-kata mereka yang hanya dibincang kan di warung-warung kaki lima ditepi jalan. Setiap kata-kata mereka disusuli dengan tindakan kerja yang membawa gerakan besar yang mampu mengubah apa saja.


Teringat kembali sewaktu aku menyertai mereka semasa makan malam beberapa hari sudah. Mereka rancak bersembang menenai isu semasa negara dan gerakan yang sedang mereka jalankan. Tiba-tiba Abang Cik mengeluarkan satu buku catatan yang agak tebal. Aku tercengang,setiap kata-kata dan idea yang di keluarkan dicatat. Mereka sangat hebat. Menggerakkan setiap hujah mereka,sedangkan aku masih lagi di takuk lama dan berteman setia pada air suam ini. Agak baru bagi aku budaya sebegini. Memang hati aku dari dahulu lagi minat membaca tetapi alahku kuat untuk menulis. Oleh sebab rasa malu dengan mereka dan diri sendiri,aku mengikut jejak langkah mereka secara perlahan dan aku dapat mengaplikasikannya. Sebenarnya kita melayu tidak tahu macam mana untuk melakukannya dan ada pula diantara kita malu untuk mengamalkannya. Disini aku Melayu mengharapkan ramai Melayu Panggung dari Melayu Warung. Kini aku bangga, aku bangga aku hanya orang warung yang tidak pernah habis berkata-kata sudah mula menyusun langkah kehadapan merialisasikan setiap impian untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Aku bangga AKU ORANG WARUNG!TAPI AKU JUGA ORANG PANGGUNG!

No comments:

Post a Comment