Sunday 2 June 2013

Kami tak di bayar..tapi kami di GAJIKAN.

Assalamualaikum readers!
Well hello there?

mereka ni semua sangat Mulia dimataNya insyaAllah
okay entry aku hari ni agak simple dan pendek dari entry sebelum ni tapi kalau korang faham apa yang aku nak sampaikan, mungkin korang faham kenapa aku pilih untuk buat semua ni.

Sebelum aku terang panjang lebar, aku rasa ada yang tau aku ni salah seorang volunteer TFTN. Aku bagi tau pasal ni bukan niat untuk bangga diri,tapi semua niberkait dengan cerita pendek aku.

Semalam sebelum bertolak ke Johor, aku sempat jumpa kawan aku. Lama juga kami tidak berhubung selepas masing-masing sambung belajar. Kami sempat berbual sebelum aku bertolak, tiba-tiba keluar dari mulut dia "aku dengar cerita kau sekarang ajar anak yatim,betul ke?"
"A'ah" balas ku pendek.
Disambungnya  lagi "seronok ke buat mende macam ni?"
"maksud kau?"
"yelah, kau dapat duit ke? banyak tak?"
"duit tak dapatlah, gaji je aku dapat setiap kali aku datang"
"Boleh la belanja aku..hahaha" lalu dia tersennyum

mungkin dia tidak dapat tangkap apa yang aku maksudkan, tapi kalau nak salahkan dia pun tak boleh dia tak alami apa yang aku rasa. GAJI yang aku maksudkan adalah ganjaran dari DIA yang memberi rezeki. Mesti korang tengah fikirkan yang aku sedang bercakap tentang "Pahala",ye pahala salah satu ganjaran kami tapi ganjaran kami yang benar adalah harta kami. Apa yang kami sedekahkan adalah harta kami yang sebenar. Sebagai contoh kami berkongsi ilmu dengan anak-anak yatim,jadi itulah harta kami. Kalau ada diantara readers yang berkata "tapi korang tak susah ke?yela tak keje mana datang duit?"

Bagi aku itu magik, kami memang tak dapat duit tapi duit yang kami ada tak pernah putus. Rezeki kami sentiasa ada walaupun tak banyak tapi kami tak pernah meminta. Berbeza semasa aku bekerja dahulu, RM2000 memang akan ada dalam akaun simpanan aku setiap bulan,tapi kemana duit itu aku belanjakan?macam mana duit sebanyak itu boleh habis? Bila mahu beramal tiada duit,tapi bila ada duit kita belanjakan dengan salah. Jadi kami guna kan kederat kami, ilmu kami untuk beramal dan tak perlu tunggu untuk berWANG

sebenarnya ini semua datang dari niat,niat membuat kan kita ikhlas untuk beramal dan bila beramal maknanya kita berjuang di jalan Allah dan Allah sentiasa membantu hambanya yang berjuang di jalannya

KAMI TAK DIBAYAR TAPI KAMI DIGAJIKAN..GAJI DARI ILLAHI (^_^)

No comments:

Post a Comment