Monday 3 June 2013

Terlanjur Mencintaimu . . .Insyirah

12/4 /2013
Bermulanya cuti sem aku, tapi cuti sem aku kali ni tidak seperti kebiasaan.Aku tidak mengambil keputusan untuk bekerja semula di lubuk wang aku dulu. Ini kehendak aku, aku ingin berehat saja dirumah tambah pulak itu permintaan kedua ibu bapa ku. Aku menurut saja,walaupun kadang kala aku rasa kebosanan di rumah bersendirian.

27/4/2013
Secara rasmi aku menyertai badan sukarelawan Teach For The Need (TFTN). Untuk ini aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Fisha kerana memperkenalkan aku dengan jalan ni. Pada awal penglibatan aku, aku hanya menyertai badan ini hanya untuk meningkatkan kemahiran softskill aku untuk kegunaan sem akan datang. Itulah niat utama aku menyertai mereka dan niat untuk melakukan amal kepada anak-anak yatim ini ada tapi tak banyak.

Sebelum aku terlupa aku ingin menerangkan sedikit menganai TFTN ni. Ianya adalah salah satu badan NGO berdaftar dan tumpuan mereka lebih kepada fakir miskin dan anak-anak yatim. Apayang menarik badan ini tak mengenakan sebarang bayaran dan badan ini bermula dari dana RM10 yang di laburkan oleh Miss Asmidar.

Berbalik pada cerita asal, pada hari ini juga aku memulakan tugas aku pada jam 3.00 ptg sehingga jam 5.00 ptg. Untuk hari pertama Abang Cik menjemput aku di rumah. Aku menjejak melangkah kaki ku di ruang belajar mereka. Tidak timbul lagi perasaan kasian kepada mereka sehingga aku di beri peluang berinteraksi dengan mereka. Balqis, adik pertama yang mendekati aku, rupanya agak comel dan sangat bijak bagi anak-anak sebayanya. Balqis lah yang berjaya menyentuh hati ku, aku berfikir sejenak, "sungguh tabah hati adik berusia 4 tahun ini walaupun kehilangan bapanya sejak kecil lagi..mungkin dia tidak kenal erti sedih ataupun dia sudah lali dan ketandusan air mata untuk menangis" aku percaya walau sekecil mana usia nya dia tetap mempunyai perasaan. Hati ku bertambah sebak bila aku menanyakan siapa nama ayahnya lalu mulut kecil itu menjawab "tak tahu, saya tak ada ayah".

Dada ku sakit menahan sebak. Bila di tanya bila hari lahirnya, tidak di juga di ketahuinya, bukan Balqis sorang tetapi hampir kesemua mereka tidak mempunyai hari jadi. Maka aku, Abang Cik dan Kak Ija berpakat meletakkan tanggal 27/4 sebagai tarikh lahir mereka. Mereka kecil tapi mereka kuat, mereka tidak berbapa tidak berkeluarga tapi mereka punyai semangat yang kuat. Dalam masa 2 jam mereka menyentuh hati ku mereka membuatkan aku kagum dengan ketabah mereka. Balqis, insan yang berjaya mengubah matlamat aku dari hanya mementingkan diri aku menjadi seorang sangat friendly. Fatin, Intan, Mira,Anis Nadia, Fatihah, Fatimah, Siti ,Noraini dan semua penghuni Insyirah telah menjadi sebahagian hidup ku.
Bukan aku tidak cinta Baitul Husna tetapi cintaku pada Insyirah lebih dalam.

Sekiranya aku ada adik dahulu, mungkina adik ku sudah sebaya Balqis...

28/5/2013
1 bulan sehari aku mengenali mereka,dan ketika ini aku berada di Melaka bersama mereka. Mungkin buat kali terakhir aku bersama mereka, aku akan menjalani kehidupan ku sebagai pelajar universiti semula,entah bila aku berpeluang menemui mereka semula. Mungkin esok,bulan depan, tahun depan atau mungkin tiada lagi. Adik jika adik membaca blog ini, abang nak adik-adik berjaya. Berat untuk abang meninggalkan Insyirah. Fatin, Intan ,Fatihah Balqis, dengar cakap ummi abang tau adik-adik abang baik dan mempunyai ciri-ciri khalifah berjaya. Nora dan Fatimah tolong ummi dan akak-akak jaga adik-adik abang tahu awak mampu pikul tanggunggjawab ni sebab awak contoh kepada adik-adik. Abang Cik, Naim, Kak Fisha, Kak Fatin, Kak Ija, Kak Jiza dan semua volunteer, tengokkan adik-adik ni. Mereka ada hak untuk berjaya cuma kita perlu asuh mereka supaya mereka lebih berupaya. Sampaikan salam pada adik-adik

Datang ku tak diundang,
Pergi ku tak dihalau,
Insyirah,pertemuan kita tidak dirancang,
Kalian bagai emas yang berkilau..

Terlanjur mencintai mu Insyirah...walau jasad ku tiada di depan mata,
Namun cintaku pada mu lupus tiada..

Insyirah...kau segar di ingatanku (^_^)



1 comment: