Friday 28 June 2013

Kenapa perlu kesah?

Assalamualaikum,

Hello readers and friends,dah lama aku tak menulis rasanya hampir tiga minggu..
macam ni lah kehidupan aku di universiti sibuk dengan kelas assigment dan segala hal yang harus di bereskan
tepat pada masa...tambah lagi aku sekarang berada di bandar jengka dan susah bagi ku untuk menggunakan internet...

Penulisan aku kali ni bukan luahan hati aku kembali belajar di kampus ini...tetapi aku ingin berkongsi cerita yang aku alami...kepada pembaca yang selalu membaca post-post sebelum ini pasti korang tahu yang aku ingin memangjangkan hasrat ku membantu anak-anak yatim di Jengka seperti mana yang aku lakukan di Kuantan...aku mula secara perlahan menarik kawan-kawan aku menyertai gerakan yang bakal merubah dunia atau setidaknya bangsa sendiri...dan alhamdulillah ramai juga yang berjumpa aku untuk menyertai aku dan tidak sedikit juga yang asyik mempertikaikan dan mempersoalkan apa yang aku lakukan sekarang...

Aku agak kecewa kerana kawan aku yang pernah rebah dan pernah mendapat dorongan aku turut berkelakuan sedemikian..dan yang paling aku terkilan kata-kata "kenapa kau nak kesah?" yang terpancul dari mulutnya membuatkan aku ingin menanamnya sepuluh kaki ke bawah tanah.

Sedang aku membara terlintas di benak pemikiran aku yang aku pernah memberi dorongan kepada dia dahulu semasa dia rebah dan tidak bersemangat untuk belajar...lalu aku bertanya kepadanya.. 
"kau ingat semasa kau tak lepas sambung belajar dulu?"
"kau menangis dan putus asa, kenapa kau kesah?"
"kau ingat siapa yang bagi semangat kat kau dulu?aku!"
"kenapa aku perlu kesah?"
"sebab kau anak melayu!dan kau ada harapan untuk berjaya"
"macam tu juga dengan adik-adik aku...diorang bangsa kita dan ada harapan untuk berjaya"
"kenapa aku kesah?"
"sebab mereka tak bertuah macam kita"
"kita hampir rebah,ayah kita dukung kita,ibu kita papah kita"
"tapi mereka?tersungkur dan tiada siapa kesah selain kita"
"mereka lagi fasih tentang erti kehidupan dari kita"

dengan senyum sinis aku memandang sahabatku yang tunduk diam dengan ketinggian suara aku..
bukan niat aku nak marah..tapi kita perlu kesah hal-hal sebegini kerana mereka bangsa kita...
siapa lagi yang mereka da selain kita?kalau tak kesah pun..jangan lah sesekali kita memperkecilkan
usaha orang-orang yang cakna pasal nasib khalifah-khalifah Allah ini..

p/s: to my mum SARIMAH BINTI DAUD and my dad MUSA BIN ABD RAHMAN thanx a lot coz read my blog and give support to me to involve in this group (TFTN) and to KHADIJAH BINTI JUSOH thanxcoz keep follow my blog =) Im very appreciate it <3  not forget to all my friends =D
volunteer yang kesah perihal adik-adik...

No comments:

Post a Comment